DI AMBANG 2015

MESYUARAT AWAL TAHUN 2015
Tarikh : 30-31/12/2014
Tempat : War Room



Tahun 2015 bakal menjelma. Semua guru-guru SABK MIA semakin bersemangat untuk melakar sejarah baru bagi tahun baru ini. Mesyuarat kurikulum awal tahun ini dimulakan dengan upacara membaca ikrar.





Pada hari ini juga,kami meraikan majlis perpisahan Puan Pengetua kita iaitu Pn Junaidah binti Abd Wahab. Segala jasa baik beliau di sekolah amat kami hargai. Semoga beliau berjaya membuat yang terbaik di sekolah baru nanti.

Semoga tahun 2015 ini SABK MIA akan menjadi lebih cemerlang, gemilang dan terbilang dengan komitmen dari semua guru-guru,pelajar dan staf SABK MIA