JOM MERENTAS DESA

Tarikh :29/1/2015

Seronok betul pelajar-pelajar kita berlari.



Alamak,ada juga pelajar yang tidak larat. Mujur ada pelajar lain bantu pelajar yang kepenatan ini masuk dalam 'ambulan'.

Ini pula gelagat 5 sekawan..Sambil berlari, sambil memetik nyior..Syukurlah..

JOHAN TOKOH NILAM DAERAH


Tahniah diucapkan kepada Puteri Norsyakirah Binti Hishamudin,pelajar tingkatan 5A1 yang telah berjaya merangkul gelaran Johan NILAM peringkat daerah.




Terima kasih kerana membuat kami di Maahad tersenyum bangga ya Syakirah.

BILA IMAM MUDA DATANG KE SEKOLAH KAMI

Bersemangat Imam Muda Nazrul menyampaikan ceramah motivasinya.




Mereka berpusu-pusu membeli cd zikir nyanyian Imam Muda Nazrul.Tak lupa juga guru-guru dan pelajar meminta autograf.Kalah artis kpop ni.



Tak kira tua dan muda,semuanya mahu merakamkan gambar kenangan bersama Imam Muda Nazrul.


PERLANTIKAN BADAN KEPIMPINAN SEKOLAH

Tarikh : 26 /1/2015






Diharap badan kepimpinan yang baru dilantik ini dapat menjalankan tugas dengan baik,adil dan telus. 

Di sebelah petang pula,raptai merentas desa dijalankan. Walaupun cuaca agak panas,para pelajar tetap meneruskan misi mereka berlari dan ada juga sebahagian besar dari mereka yang berjalan.


HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN & DEBARAN MENYAMBUT KEDATANGAN PENGETUA BARU

Tarikh :12/1/2015


Kriiiiinggggg...tepat pukul 7.30 ,loceng berbunyi. Rasa rindu kepada suasana sekolah setelah lebih kurang 2 bulan bercuti. Guru-guru dan pelajar bersemangat menyanyikan lagu Negaraku,lagu negeri Perak dan lagu sekolah. Meremang juga bulu roma ni bila menyanyikan lagu kebangsaan


Alhamdulillah,pembukaan tahun 2015 ini kami di SABK MIA berasa sangat bertuah kerana Tuan Hj Abdul Rahman telah diberikan kepercayaan untuk menjadi Pengetua kami yang baru. Beliau seorang yang berdedikasi dan memang sangat sesuai untuk mengemudi semangat juang di MIA


Guru-guru berdebar apabila wakil dari PPD merangkap 'bapa angkat' sekolah kami iaitu Ustaz Razali tiba-tiba muncul di hari pertama persekolahan. Ucapan beliau tadi dapat menyuntik semangat kepada guru-guru dan pelajar.


Akhir kata,ayuh kita teruskan semangat perjuangan untuk menaikkan nama sekolah ke peringkat tertinggi.