PERANG KUALI

Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi kerana dengan izinNya aktiviti selepas PMR 2010 iaitu PERANG KUALI telah berjaya diadakan dengan jayanya pada 26 Oktober 2010. Jom kita lihat gambar-gambar pada hari tersebut.





















 
 
LAMAN TIPS PEPERIKSAAN UPSR/ PMR/ SPM 2010 

Layarilah laman web www.andrewchoo.edu.my untuk mendapatkan tips peperiksaan , nota dan contoh soalan serta latihan kertas percubaan secara percuma.
PROGRAM SELEPAS PMR 2010

1) PERANG KUALI
TARIKH  : 26/10/2010
MENU    : MINUM PETANG

2) SEKOLAHKU INDAH
TARIKH     : 29/10/2010
OBJEKTIF : MEMCERIAKAN KAWASAN SEKOLAH

3) KURSUS PENYEMBELIHAN
TARIKH  : 2/11/2010
ANJURAN : PANITIA PENDIDIKAN ISLAM

4) PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL
TARIKH  : 3/11/2010 & 4/11/2010
ACARA   : BATU SEREMBAN, SEPAK RAGA, GALAH PANJANG, TUJU TIN

5) LAWATAN KE TLDM LUMUT
TARIKH : 8/11/2010
ANJURAN : PERSATUAN SEJARAH & RUKUN NEGARA

6) PENGURUSAN JENAZAH
TARIKH : 9/11/2010
ANJURAN : PANITIA PENDIDIKAN ISLAM

7) KEM MEMBACA 1 MALAYSIA
TARIKH  : 11 -12 NOV 2010
ANJURAN : PUSAT SUMBER MIA

8) KEMBARA ( ORIENTEERING)
TARIKH  : 15/11/2010

9) MAJLIS PENUTUP PROGRAM SELEPAS PMR
TARIKH  : 16/11/2010

HEBAHAN

KURSUS PEMULIHAN JAWI SPM PERINGKAT DAERAH MANJUNG TAHUN 2010

TARIKH  : 3 NOVEMBER 2010
MASA     : 8 PAGI - 4 PETANG
TEMPAT  : DEWAN AL GHAZALI SABK MAAHAD ISLHIAH ADDINIAH
PESERTA : 4 ORG PELAJAR PENDIDIKAN ISLAM BERPRESTASI TINGGI

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2009

Tahniah diucapkan kepada Cik Norliana bt Aris (Guru DG41) dan Puan Norsiah bt Adalan (Pembantu Tdbir N17) kerana telah mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi Tahun 2009. Semoga anugerah ini akan menjadi semangat dan pendorong untuk terus cemerlang di masa hadapan.

PEPERIKSAAN PERCUBAAN I'DADI 2010

Peperiksaan percubaan I'dadi peringkat sekolah bagi tahun 2010 akan bermula pada 11/10/2010 hingga 14/10/2010. Selamat Maju Jaya.

PENGUMUMAN PENTING

PEPERIKSAAN SELARAS AKHIR TAHUN TINGKATAN 2 NEGERI PERAK TAHUN 2010 MERANGKUMI SEMUA TOPIK TINGKATAN 1. HARAP MAKLUM.

PERSEKITARAN SEKOLAH





BENGKEL KHB

ASPURA
ASPURA

BILIK BIMBINGAN & KAUNSELING
BILIK GURU 1

BILIK GURU 2

BANGUNAN PENTADBIRAN

ASPURI

ASPURI

SURAU ASPURI

PUSAT SUMBER

PUSAT SUMBER
DEWAN MAKAN ASRAMA

DEWAN MAKAN ASRAMA

DEWAN MAKAN ASRAMA

DEWAN MAKAN ASRAMA

BLOK A

BLOK B





BLOK AKADEMIK

SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH


Sekolah Agama Rakyat mula mendapat tempat di hati sanubari penduduk kawasan Lekir pada tahun 80-an. Ekoran daripada itu, atas daya usaha, inisiatif dan prihatin terhadap masalah ini,maka mesyuarat telah diadakan di Dewan Orang Ramai Batu 10 Lekir untuk merancang pembinaan sebuah sekolah menengah agama rakyat di Daerah Manjung ini.

Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Daerah Lekir telah menyampaikan usul untuk membina sebuah sekolah menengah agama rakyat di daerah manjung kepada Pejabat Agama Daerah Manjung. Pada bulan Januari 1988 sekolah ini telah menerima kemasukan 70 orang pelajar dan 5 orang tenaga pengajar.Pada mulanya sekolah ini menumpang di Sekolah Agama Rakyat(Rendah) Batu 10 Lekir sehingga dua blok bangunan baru sekolah siap dibina pada pertengahan tahun 1993.

Pada Julai 2005, sekolah ini telah didaftarkan sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Pada tahun 2005 banyak peralatan baru telah diterima dan dua buah bangunan baru telah didirikan untuk kegunaan sekolah ini iaitu sebuah kantin dan surau. Pada tahun 2007, sekolah ini sekali lagi mendapat bangunan baru iaitu bangunan dewan makan.