SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH


Sekolah Agama Rakyat mula mendapat tempat di hati sanubari penduduk kawasan Lekir pada tahun 80-an. Ekoran daripada itu, atas daya usaha, inisiatif dan prihatin terhadap masalah ini,maka mesyuarat telah diadakan di Dewan Orang Ramai Batu 10 Lekir untuk merancang pembinaan sebuah sekolah menengah agama rakyat di Daerah Manjung ini.

Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Daerah Lekir telah menyampaikan usul untuk membina sebuah sekolah menengah agama rakyat di daerah manjung kepada Pejabat Agama Daerah Manjung. Pada bulan Januari 1988 sekolah ini telah menerima kemasukan 70 orang pelajar dan 5 orang tenaga pengajar.Pada mulanya sekolah ini menumpang di Sekolah Agama Rakyat(Rendah) Batu 10 Lekir sehingga dua blok bangunan baru sekolah siap dibina pada pertengahan tahun 1993.

Pada Julai 2005, sekolah ini telah didaftarkan sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Pada tahun 2005 banyak peralatan baru telah diterima dan dua buah bangunan baru telah didirikan untuk kegunaan sekolah ini iaitu sebuah kantin dan surau. Pada tahun 2007, sekolah ini sekali lagi mendapat bangunan baru iaitu bangunan dewan makan.



No comments:

Post a Comment