HARI ANUGERAH 2011

Pada tahun ini, hari anugerah cemerlang telah diadakan dengan jayanya pada tanggal 29 April 2011. Majlis ini dirasmikan oleh Yang Berbahagia Encik Mudzaffar Shah Bin Mohammed Rajamal.Ayuh,kita lihat bingkisan gambar-gambar sekitar majlis.

 Pasukan kompang menanti kedatangan VIP




Encik Mudzaffar menandatangani banner sebagai tanda perasmian majlis

 Puan Yuhanis menerima anugerah khas. Memang tepat sekali kerana beliau banyak menghabiskan masa di sekolah untuk melatih pelajar-pelajar bola jaring.Tahniah buat Cikgu Yuhanis.

 Khadijah binti Suliman menerima sebuah basikal kerana mendapat keputusan yang membanggakan. Diharap untuk SPM nanti sekali lagi beliau dapat membanggakan kami.

 Sekali lagi Khadijah naik ke atas pentas.Kali ini beliau dinobatkan sebagai Tokoh Pelajar 2010.

 Mohamad Alhilal juga menerima anugerah Tokoh Pelajar 2010 (kategori lelaki)

 Persembahan Nasyid dari Tingkatan 1.Gementar adik-adik ni.

Bergambar bersama pelajar-pelajartahun lepas yang berjaya mendapat keputusan membanggakan. Gaya sopan ini semasa Pengetua ada. Cuba lihat gambar di bawa pula.

Gaya selepas Pengetua pulang. Cikgu dengan murid pun sama naik bila berposing depan kamera. Tahniah!


















No comments:

Post a Comment